***AHLAN WASAHLAN*** aSSALAMUALAIKum peMBUka biCARa , kAMi tuJUKan bUAt sEMUa peMBACa , "tinta mujahidah coretan" dAKWAh , bUAt beKALAn mENUJu jANNAh....
Friday, February 25, 2011
"Jangan jadi seperti DAUN KELADI"
ASSALAMUALAIKUM.....
Pernah anda semua mendegar pepatah melayu yang berbunyi"bagai mencurah air di daun keladi".Pepatah ini bermaksud melakukan perkara yang sia-sia.Kenapa pepatah tersebut berbunyi begitu?? cuba anda lihat gambar daun keladi di atas..Jika anda menyiram air ke atas daun keladi anda lihat apa yang terjadi..??Walau banyak mana pun kuantiti air yang jatuh ke atas daun tersebut,namun tidak setitik air pun yang akan tertinggal dan air tersebut akan sirna begitu sahaja,bukankah anda melakukan perbuatan yang sia-sia...
Di sini kami ingin mencoretkan tentang segelintir manusia yang mempunyai sifat seperti daun keladi di atas.manusia...walau sebaik manam pun ciptaannya,masih tetap tidak sempurna.Ini kerana manusis sentiasa melakukan kesalahan tidak kira sama ada kecil atau besar, kecuali para rasul yang maksum iaitu terhindar dar melakukan dosa.Jadi kita haruslah selalu muhasabah diri agar semua kesalahan yang kita lakukan di ampunkan oleh Allah.Di samping kita beribadah kepeda Allah,amalan sesama muslim jangan kita abaikan.Jika ada yang memberi nasihat dan teguran kepada kita,kita haruslah merimanya dengan hati yang lapang.Semua nasihat tersebut haruslah kita gunakan untuk memperbaiki sikap dan akhlak kita.kita juga mesti ingat setiap teguran yang di berikan adalah untuk kebaikan diri kita juga,jangan bersikap seperti daun keladi..mensia-siakan kebaikan yang di beri oleh orang lain.
Sebagai khalifah yang ditugaskan oleh Allah untuk mentadbir bumi ini,janganlah sekali-kali meninggi diri dan sukar menerima nasihat-nasihat yang dari orang.Lunakkanlah hatimu,jangan biarkan ia gersang hanya kerana enggan turunnya gerimis...agar tidak menjadi seperti daun keladi yang membiarkan titisan air yang melekat sirna begitu sahaja...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment